19 November 2009 SK Mersing Kanan telah mengadakan Majlis Persaraan kepada 2 orang Kuat Pentadbiran SK Mersing Kanan iaitu Tuan Guru Besar yang amat disayangi oleh semua warga SKMK, En Abdul Jalil bin Salim dan Tn Hj Mokhtar bin Yusof. Ianya merupakan kehilangan besar kepada kami warga SKMK ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Majlis ini diadakan secara gilang gemilang oleh seluruh warga SKMK diketuai oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SKMK iaitu En Mohd Norhashrin b. Hashim. Kejayaan murid-murid Tahun Enam dalam Peperiksaan UPSR 2009 adalah merupakan hadiah paling bernilai bagi kedua Mastermind Pentadbiran SKMK iaitu peningkatan hampir 20% iaitu dari 57% pada tahun 2008 kepada 70.97% pada 2009 dengan GPS 2.21 menyamai GPS yang dicapai pada peringkat Negeri Johor. Dalam ucapan perpisahan itu, tuan guru besar banyak kali menitiskan air mata kegembiraan dengan kegigihan dan kesungguhan guru-guru demi memastikan setiap program sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

meriahnye....tgk GB n GPK 1 tu mcm raja-raja melayu plak....siap ade persembhn zapin lagi...inilah peluang kami warga SKMK mencipta kenangan yang terindah sbg tanda igtn tulus ikhlas utk cikgu...
ReplyDeletesalam...admin,tambahla info n gambo2 menarik SKMK..barulah lebih ceria blog ni....sy cdgkan, selain dari kecemerlangan UPSR,masukkanlah juga info berkisar ttg kejayaan warga SKMK mencipta kejayaan dalam bidang yang diceburi contohnya bidang sukan,kepimpinan, kelab dan persatuan dan sbgnya..begitu juga dgn peristiwa menarik yg berlaku di sekolah....kira up to date la namanye blog ni....sekian.
ReplyDelete