Thursday, December 17, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PAHANG&TERENGGANU

Muzium Negeri Terengganu


Pada 9 dan 10 Disember 2009, guru-guru dan murid-murid cemerlang ko kurikulum telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Pahang dan Terengganu. Lawatan ini diadakan sebagai hadiah kepada murid-murid yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang
ko kurikulum sepanjang tahun 2009. Lawatan ini diketuai oleh Pn Hasnah bt Dahalan
(GPK Ko Kurikulum-SK Mersing Kanan). Lawatan ini melibatkan 10 orang guru iaitu Pn Hasnah(GPK Ko Ku), Pn Norazilah, Pn Suriani, Pn Norihan, Pn Shamsiah, Pn Hasmah, Pn Zaiton, En A.Murat, En Shahrul Affendi dan En Mat Junos.


Muzium SUltan Abu Bakar

Masjid Kristal di Pulau Wan



Pusat Tenunan di Pulau Keladi...


Muzium SUltan ABu Bakar



Wednesday, November 25, 2009

Widgeo.net : Flash Counters, widgets, flash tools, animations

Widgeo.net : Flash Counters, widgets, flash tools, animations

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN UPSR SK MERSING KANAN 2009



Pelajar-pelajar SK Mersing Kanan yang mendapat kejayaan yang cemerlang dan telah mengharumkan nama SK Mersing khususnya di peringkat Daerah Mersing. Peratus kelulusan meningkat dari 57% tahun 2008 kepada 70.97% tahun 2009.



Ust Wan Mohd Nadzri, merupakan VVIP yang dijemput khas bagi turut meraikan dan berkongsi kegembiraan kejayaan SK Mersing Kanan dalam Peperiksaan UPSR 2009.


En Abdul Jalil bin Salim, guru besar SK Mersing Kanan, merupakan insan yang paling gembira dengan kejayaan pelajar-pelajar SK Mersing Kanan dalam UPSR 2009. Kejayaan ini hadiah paling indah sempena persaraan beliau pada tahun ini. Adakah guru besar baru SK Mersing Kanan yang akan mengantikan beliau pada tahun 2010 sehebat beliau dari segi kepimpinan dan toleransi serta menjaga kebajikan guru, staff dan pelajar SK Mersing Kanan. Seorang Pemimpin yang hebat amat perlu dalam mengwujudkan suasana kondusif yang boleh merangsang keseronokan budaya kerja di kalangan guru, staff dan minat murid untuk menimba ilmu serta mencipta kecemerlangan sahsiah dan akademik.



Antara ibu bapa pelajar cemerlang yang hadir bagi meraikan anak-anak mereka menerima hadiah penghargaan di atas kecemerlangan anak-anak mereka dalam UPSR. Pihak sekolah telah menghadiahkan sebuah basikal manakala PIBGmemberi sumbanganRM50 kepada murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR.


Ust Wan Nadzri Penolong PPD sektor Akademik, En Abdul Jalil b. Salim dan Tn Hj Mokhtar bin Yusof sedang khusyuk dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan UPSR, SK Mersing Kanan 2009. Moga kejayaan tahun ini terus menyuntik semangat kepada semua warga SKMK dalam membudayakan kecemerlangan pada masa akan datang.




Thursday, November 19, 2009

SEKILAS PANDANG HARI PERSARAAN GURU BESAR DAN GPK SKMK


Antara persembahan yang disampaikan oleh murid-murid SKMK sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan mereka kepada pihak sekolah selama berkhidmat di SKMK


Kenangan indah guru-guru SKMK bersama Tuan Guru Besar dan GPK 1 SKMK

Pelajar Cemerlang UPSR 2009 bersama Tuan Guru Besar dan GPK 1 SKMK

KALIAN BERDUA SENTIASA DI HATI KAMI







19 November 2009 SK Mersing Kanan telah mengadakan Majlis Persaraan kepada 2 orang Kuat Pentadbiran SK Mersing Kanan iaitu Tuan Guru Besar yang amat disayangi oleh semua warga SKMK, En Abdul Jalil bin Salim dan Tn Hj Mokhtar bin Yusof. Ianya merupakan kehilangan besar kepada kami warga SKMK ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Majlis ini diadakan secara gilang gemilang oleh seluruh warga SKMK diketuai oleh Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan SKMK iaitu En Mohd Norhashrin b. Hashim. Kejayaan murid-murid Tahun Enam dalam Peperiksaan UPSR 2009 adalah merupakan hadiah paling bernilai bagi kedua Mastermind Pentadbiran SKMK iaitu peningkatan hampir 20% iaitu dari 57% pada tahun 2008 kepada 70.97% pada 2009 dengan GPS 2.21 menyamai GPS yang dicapai pada peringkat Negeri Johor. Dalam ucapan perpisahan itu, tuan guru besar banyak kali menitiskan air mata kegembiraan dengan kegigihan dan kesungguhan guru-guru demi memastikan setiap program sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.