Thursday, January 28, 2010

Malam Suaikenal Ibu bapa Pelajar Tahun 6 Bersama Warga Guru SK Mersing Kanan 2010











Pada 26 Januari 2010, Hari Selasa malam Rabu, SK Mersing telah mengadakan satu perjumpaan bersama ibu bapa pelajar tahun 6 bertujuan agar dapat berkenalan lebih rapat seterusnya membentuk jalinan kerjasama erat demi memastikan tahun 2010 ini UPSR SK Mersing Kanan akan menunjukkan kecemelrangan yang di luarkebiasaan.
Melalui tinjauan dan jumlah pendaftaran kehadiran ibu bapa dalam program ini, sokongan dan kerjasama ibu bapa pelajar tahun 6 amat memberangsangkan... moga ini adalah signal awal bahawa para ibu bapa pelajar SKMK akan mula membudayakan amalan ambil berat tentang pendidikan anak2 mereka dan berusaha agar sentiasa membudayakan kecemerlangan dalam kehidupan mereka.

Dalam program ini juga, YDP PIBG...En Sadri b. Yusof turut memohon ibu bapa agar terus memberi sokongan dan kerjasama bagi memastikan setiap program sekolah disertai oleh semua pelajar. Jika semua orang memainkan peranan masing-masing...tidak mustahil, SK Mersing Kanan akan bukan sahaja cemelrang tetapi akan jadi lebih gemilang dan terbilang di Malaysia. Beliau juga mengharapkan ibu bapa membayar Dana Kecemerlangan UPSR SKMK sebanyak RM60.00 setiap pelajar tahun 6 2010.
Tn Hj Wahid bin Jonid, Tuan Guru Besar SK Mersing Kanan yang baru yang mengantikan En Abdul Jalil bin Salim yang bersara pada tahun 2009 pula mengharapkan agar ibu bapa memberikan galakkan kepada anak-anak menyertai program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, memantau anak-anak membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru serta sentiasa memeriksa peralatan pembelajaran anak-anak mencukupi agar anak-anak tidak menghadapi sebarang permasalahan ketika belajar di sekolah.
Encik Jefri bin Jusoh pula, Guru Penolong Kanan 1, SK Mersing Kanan yang baru mengantikan Tn hj Mokhtar bin Yusof, mengambil kesempatan ini membincangkan analisa keputusan UPSR SKMK sejak 5thn kebelakangan ini yang semakin cemerlang...ianya akan lebih cemerlang jika ibu bapa sentiasa memberikan sokongan yang berterusan kepada pihak sekolah, terutamanya dalam bantuan kewangan memandangkan banyak bantuan kerajaan telah dihentikan seperti SBT dan Kwamp, pihak sekolah memerlukan lebih banyak kewangan jika ingin memastikan program yang dirancang dapat dijalankan mengikut jadual kerana pada pengalaman yang tahun2 lepas banyak program tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekurangan dana dan ibu bapa kurang memberikan kerjasama membayar Dana Kecemerlangan UPSR. Beliau mencadangan Program TELEFamily untuk menambah kewangan PIBG yang tenat dan tidak berkembang.
Moga Motto SKMK yang baru....Semarak Kegemilangan Meniti Kecemerlangan menjadi kenyataan bukan sekadar Slogan semata-mata.....kerana disebalik semua kegemilangan memerlukan pengorbanan semua pihak yang terlibat...Semakin besar kegemilangan yang ingin dicapai semakin besar pengorbanan yang perlu dibuat....